Harun Aminurrashid
Born Harun Bin Mohd Amin, Harun’s other pen names include Har, Gustam Negara, Atma Jiwa and Si Ketuit. He was a prolific writer and editor of several newspapers and magazines.
Harun Yang Dikenali
Harun Aminurrashid atau Harun Haji Mohd Amin merupakan segelintir sasterawan tempatan yang banyak memberi sumbangan terhadap penulisan sastera Melayu, Singapura, khususnya novel sejarah sejak tahun-tahun 1940an. Beliau yang lebih dlkenali sebagal Pak Har ini, lahir pada 8 Ogos 1907 di Singapura dan pernah mendapat didikan di Sekolah Melayu Kallang dan Sekolah Melayu Telok Kurau, Singapura.
Beliau merupakan satu-satunya pengarang Melayu yang tercatit namanya di antara 2,000 catatan mengenai orang ternama di dunia dalam Dictionary of International Biography, 1968:1
Harun bin Haji Mohd Amin: Journalist, Teacher, Author
Graduated: Tanjong Malim Teacher’s Training College
Appointment: Including Suprintendent of Education Malay Schools, Brunei. Member of Staff Melayu Raya (defunct). Member of Local Community Organisation including Malay Language Committee. Author of historical novels - Malay.
Address: Pustaka Melayu, 745/747 North Bridge Road, Singapore
Harun Sebagai Pelajar dan Pendidik
Seteiah tamat pengajiannya di sekolah rendah Melayu, beliau menedma tawaran sebagal guru pelatih walaupun umurnya masih muda, hanya 14 tahun sahaja. Tidak lama kemudian, pada tahun 1924, beliau berjaya melanjutkan pelajarannya di Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI), Tanjong Malim, Perak, Semenanjung Tanah Melayu.
Sejarah merupakan mats pelajaran yang paling diminati sejak beliau menuntut di MPSI. Syarahan guru sejarahnya tentang kegemilangan Kasultanan Melaka dan kedatangan pihak penjajah yang memeras tenaga penduduk tempatan telah memberi kesedaran beliau terhadap “nusa dan bangsa” dan telah menanamkan bibit semangat kebangsaan dalam jiwanya.
Pada awalnya beliau terpengaruh dengan perkembangan politik di Indonesia melalui pembacaan majalah dan akhbar Indonesia terutarnanya Suara Rakyat yang juga organ Partai Nasional Indonesia.2 Minat beliau terhadap gerakan angkatan muda di Indonesia tidak hanya tertumpu kepada bidang politik, malah termasuk agama misalnya Gerakan Muhammadiyah dan Al Irshad.
Adalah menjadi tadisi di MPSI iaitu setiap Hari Jumaat (malam Sabtu) guru-guru akan memberi syarahan bergilir-gilir kepada penuntut. Isu yang disentuh berkaitan kemunduran dan buaian penjajah Barat. Sepanjang tahun 1927 hingga 1938 sebagai penuntut dan guru pelatih di MPSI, Harun telah menyumbangkan sejumlah 11 syarahan yang menghangatkan api kesedaran kebangsaan di jiwa penuntut-penuntut Maktab itu.3 Syarahan-syarahan Harun ini telah memberi perangsang kepada penubuhan gerakan yang telah mencatatian sejarah dalam politik orang Melayu era 1930an iaitu Kesatuan Melayu Muda (KMM).
Aktiviti Harun yang melampau di mata pentadbiran Inggeris pada tahun 1938 itu tidak digemari oleh pihak yang berkuasa di MPSI. Kemuncak pengaruh kesedaran kebangsaan yang ditiupkan oleh Harun telah menceluskan satu tunjuk perasaan secara aman oleh penuntut-penuntut MPSI yang telah berbaris bejalan mengelilingi kawasan Maktab dengan menyanyikan lagu kemerdekaan dan kebangsaan seperti “Pemuda Kita” gubahan Cikgu Ayub Rawan dan liriknya oleh Harun sendiri. Bagi penjajah Inggeris, peristiwa ini amat merbahaya dan boleh mengganggu kedudukan Inggeris di Tanah Melayu. Pada tahun 1939, beliau telah diarahkan supaya berpindah ke Brunei dengan menyandang jawatan baru sebagai Penguasa Pelajaran di sana. Pada zahirnya jawatan ini merupakan satu penghormatan bagi anak Melayu ketika itu tetapi sebaliknya dapat terlihat kecurigaan pihak penjajah terhadap kegiatan Harun yang ditakuti meracuni fikiran dan jiwa penuntut MPSI. Dengan memegang Jawatan baru ini, Harun terpisah seta terasing dari kumpulan bakal pendidik dan pejuang tanah air di MPSI.
Pengalaman Harun Semasa Pendudukan Jepun di Brunei
Walaupun beliau terpisah Sari rakan-rakan seperjuangannya, beliau tetap bergiat dalam bidang politik dl Brunei dengan mempelopori gerakan kebangsaan seperti badan Kesatuan Melayu Brunei. Beliau juga bertanggungjawab dalam penubuhan Barisan Pemuda Brunei (BARIP) dan Partai Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) cawangan Labuan.
Harun meneruskan kegiatannya di bidang peiajaran sehingga kemasukan Jepun pada bulan Disember 1941 dengan tercetusnya Perang Duria Keclua. Semasa pendudukan Jepun, beliau diminta terus memegang jawatannya sebagai Penguasa Pelajaran atau Shigakukan oleh pemerintah Jepun. Pengalaman Harun semasa pendudukan Jepun dapat dibaca dari buku “Siapakah yang Bersalah?”
Hubungannya dengan pegawai-pegawai Jepun begitu akrab kerana beliau pernah menjadi penterjemah Bahasa Jepun untuk perbualan sehari-hari antara pegawai Jepun dengan penduduk tempatan. Beliau sendiri pernah ditawarkan jawatan Gabenor Brunei jika Pemerintahan Jepun dapat mengekalkan kedudukannya di rantau ini.
Di saat-saat Jepun di ambang kekalahan, Harun dan keluarganya terpaksa lari ke kawasan pendalaman kerana pergelutan sengit antara pihak Jepun dan askar British yang akhirnya dapat mengusir Jepun dari rantau ini. Semasa Tanah Melayu ditadbirkan oleh Pentadbiran Tentera iaitu British Military Administration (BMA) dari September 1945–1 April 1946, Harun telah disyaki subversif dan dipenjara tanpa dibicara selama 86 hari.
Semasa dipenjara, anak isterinya ditinggalkan dan mendapat perlindungan penduduk pribumi Kedayan. Jasa mereka melindungl keluarga Harun telah diabadikan dalam novelnya Darah Kedayan. Kehidupan dipenjara memberi inspirasi yang menguatkan semangat perjuangannya terhadap kemerdekaan negaranya.
Selepas perbicaraan mengenai penglibatannya dalam masa pemerintahan Jepun, beliau didapati tidak bersalah dan diarahkan untuk pulang ke Singapura. Sebenarya, beliau pemah ditawarkan sebagai Ahli Mesyuarat Negeri (Kawasan Ulu Yam Selangor) tetapi beliau menolaknya kerana tidak lagi mempercayai penjajah Inggeris.
Harun Sebagai Penulis
Di Singapura, beliau sekali lagi menerima tawaran sebagai guru dari pemerintahan British pada tahun 1946 tetapi beliau menolaknya kerana tidak mahu terikat dengan pernerintah.
Sejak itu, beliau mula aktif menulis secara serius walaupun sebelum itu beliau pernah menerbitkan novel pertamanya, “Mclor Kuala Lumpur”, pada tahun 1930an. Beliau kemudian menulis apa saja corak penulisan yang sesuai bagi segenap lapisan masyarakat sebagai sumbangannya terhadap alam penulisan yang amat berkurangan di tahun-tahun 1940an.
Buku-buku karya beliau merangkumi novel sejarah, puisi dan lain-lain lagi. Waktu di MPSI, beliau lebih cenderung menulis rencana dan puisi untuk mengisi masa lapangnya dan diterbitkan dalam akhbar Warta Jenaka dan Warta Ahad dengan nama samaran ‘Penulis Khas Tanjung Malim’.
Harun juga aktif dalam bidang kewartawanan dan pemah menjadi wartawan akhbar Melayu Raya4 dan berkarya melalui majalah-majalah terbitan Al-Ahmadiah Press, Singapura. Bersama-sama Cikgu Amir Haji Omar, beliau pernah menerbitkan majalah Kencana iaitu majalah tulisan Rumi yang terawal di terbitkan di Tanah Melayu dan Singapura selepas 1945.5
Pengalaman Harun yang luas melalui lawatan-lawatannya ke seluruh dunia seperti Eropah, Timur Tengah dan Asia telah diabadikan dalam beberapa karyanya. Rakaman catatan perjalanan ini dapat ditatapi secara terperinci dalam bukunya “Melihat Matahafi di Tengah Malam” , “Terbang ke Barat”, “Melawat ke Semenanjung Iberia” dan “Baku Lawatan ke Eropah” Menurut beliau “segala apa yang dilihat, didengar dan dirasai, kalau dicatatkan dengan Jujur dan betul, itu adalah menjadi catatan sejarah yang amat penting untuk pengetahuan orang-orang yang akan datang”.6
Susulan dan lawatannya ke Pantai Timur, Malaysia pada tahun 1966, Harun telah menulis buku “Mengesan Jejak Pelayaran Munsyi Abdullah”. Belau kemudiannya terus bergiat dalam penulisan sastera untuk bacaan semua peringkat umur masyarakat di samping bergerak dalam bidang pelajaran, kebudayaan dan politik serta badan sukarela.
Karya-Karya Harun
Novel pertamanya “Melor Kuala Lumpur” ditulis dalam tulisan Jawi setebal 110 muka surat. la mengisahkan suka duka pencintaan sepasang remaja yang masih terkengkong dengan adat tradisi masyarakat Timur. Novel ini malangnya tidak mendapat sambutan hangat di kalangan peminat sastera waktu itu. Jalan cerita novel ini seiras dengan novel Hamka, “Di Bawah Lindungan Kaabah”. Menurut setengah ahli sastera, novel Harun adalah hasil karya beliau yang asli dan bukan hasil cedukan kerana “Melor Kuala Lumpur” lahir pada tahun 1930 sementara novel Hamka diterbitkan pada 1938.7
Selepas kegagalan buku pertamanya ini, Harun telah memberhentikan kegiatan penulisannya sementara waktu kerana beliau telah dipindakan ke Brunei untuk menyandang jawatan baru yang lebih mencabar sebagai Penguasa Pelajaran di sana.
Sekembalinya ke Singapura selepas Perang Dunia II, beliau lebih serius semula dalam bidang penulisan kerana penulisan merupakan satu sumber pencarian untuk menampung kehidupan keluarga beliau.
Karya Harun Sebagai Karya Sejarah
Sejarawan Malaysia, Cheah Boon Keng pernah mengatakan dalam rencana akhbar nya bahawa “What Walter Scott is to English Literature”, Harun is to Malay Literature”,8 kerana Harun seringkali menyentuh isu nasionaisma Melayu dalam hasil karyanya seperti Wak Cantok, Panglima Awang, Wan Darus, Tun Mandak dan Sultan Mahmud.
Harun dianggap berjaya menerapkan sejarah kedalam karyanya dengan menjelmakan watak-watak yang terdapat dalam peristiwa itu sendiri seperti dalam cerita “Panglima Awang”. Tujuan Harun mengemukakan karyanya kerana “… tertarik hati kepada dua buah karangan pendek yang isinya hampir sama dengan sebuah akhbar yang disiarkan dalam Bahasa Inggeris dan sebuah lagi didalam Bahasa Indonesia beberapa tahun yang lalu. Kedua-dua karangan ini menceritakan sudut sejarah dunia yang berlaku di atas tanahair kita pada abad ke 16. Mengikut pengakuan kedua-dua buah karangan itu, adalah orang yang pertama mengelilingi dunia ialah ‘orang Melayu’ Melaka iaitu dalam abad ke 16 ketika selepas orang Portugis datang menyerang dan penaklukan negeri Melaka dari tangan kerajaan Melayu Melaka”.9
Mengikut karangan Barat itu, Alfonso’s de’ Aibuquerque yang menjadi ketua orang Portugis telah menjual seorang Melayu yang menjadi tawanan kepada Kapitan bernama Fernando de Magalhes atau pun Magellan, orang yang pertama cuba mengelilingi dunia dengan kapal layar dengan penuh kepercayaan bahawa dunia itu bulat.
Orang yang dijual itu memasuki agama Kristian dan diberi mama Enrique. Beliaulah orang Melayu yang pertama mengelilingi dunia mengikuti pelayaran Magellan. Setakat ini, tidak diketahui siapa sebenamya Enrique. Kemungkinan, oleh kerana tipu helah penjajah Portugis dan Sepanyol, nama asal Enrique tidak dicatatkan dengan niat untuk menghapuskan nama orang Melayu. Di antara lain, karya itu juga mengatakan bahawa: “Magellan ketika sampai di Pulau Cebu (Filipina) telah mati terbunuh di Pulau Mactan ketika hendak menundukkan Raja Pulau Mactan yang memberontak melawan Raja Pulau Cebu iaitu sahabat Magellan. Ketika Magellan mati, Enrique yang cedera parah dapat meneruskan pelayarannya ke Melaka. Jadi Jelaslah Enrique ialah orang yang pertama dapat mengelilingi dunia bukan Magellan.10
Dalam buku ini, Harun telah menjelmakan watak Enrique sebagai seorang pahlawan Melayu yang gagah perkasa dan diberi nama Panglima Awang sesuai dengan kelahirannya di alam Melayu dan hidup dalam keadaan yang serba keMelayuan dan ketimuran. Kisah sejarah itu juga diselitkan dengan peristiwa percintaan antara Panglima Awang dengan Tun Gayah.
Kejayaan Harun sebagai penulis roman sejarah teletak kepada kematangannya mencari bahan-bahan penting melalui majalah, buku sejarah serta tradisi lisan. Beliau kemudian menyusun kembali fakta sejarah, memillh kata-kata yang sesuai dan melukiskan suasana supaya sealiran dengan tuntutan era yang ditulis itu.
Karya roman sejarah Harun kurang mendapat sambutan masyarakat ketika itu kerana mereka lebih bermhat terhadap karya yang menyentuh isu-isu semasa yang ‘ringan’ dan belum dapat memberi penilaian kepada karya roman sejarah. Sejarawan Cheah Boon Keng merasakan kesan-kesan terhadap perkembangan nasionalisma terselit dalam karya Harun, kerana itulah beliau dianggap ‘Walter Scott’ sastera Melayu. Menurut Shamsudin Dahlan dalam kajian ilmiahnya “Novel sejarah ini dikarang untuk mengembalikan keperibadian bangsa supaya orang-orang Melayu tahu dan sedar bahawa mereka bukanlah berasal dad bangsa yang dijajah”.11
Karyanya yang lain seperti “Cinta Gadis Rimba” yang terbit di tahun 1948 merupakan novel kenangan Harun semasa menetap dl Borneo Utara. la memaparkan kehidupan serta adat istiadat dan pantang larang serta kepercayaan orang Dayak disamping kishah percintaan antara pemuda Melayu dengan gadis Dayak. Ini disusuli pula dengan novel “Siapakah yang Bersalah?” yang merupakan autobiografi beliau sendiri sewaktu penjajahan Jepun dan kemasukan British.
Novel “Darah Kedayan” juga belatar belakangkan masyarakat pribumi di Brunei yang ditulis khas untuk orang Kedayan di Brunei sebagai penghargaan atas layanan dan perlindungan orang-orang Brunei terhadapnya semasa Perang Dunia II.
Novel beliau, Simpang Perinang pernah diberi penghargaan oleh UNESCO dan telah diterjemah ke Bahasa Inggeris dan Urdu pada tahun 1967.
Pak Har Sebagai Penulis Cerita Kanak-Kanak
Beliau menulis cerita kanak-kanak yang bercorak didaktik sesuai dengan jiwanya yang mahukan anak-anak Melayu berpendidikan sempurna dan menjadi pemimpin bangsa. Buku “Dua Beradek” adalah rakaman perbualan anak-anaknya sendiri dan ditulis untuk bacaan dan panduan ibu bapa mendldlk anak-anak mereka. Buku Awang dan Dara ditulis dengan harapan supaya anak-anak Melayu dididik mengenai bangsa dan negara serta menanam sifat keperibadian Melayu di jiwa mereka.
Sumbangan Harun menulis buku barcaan sekolah tidak boleh diabaikan kerana beliau telah menulis “Sinar Baharu: (7 penggal) dan “Cahaya Baharu” (6 penggal dalam tulisan Jawi) yang pernah digunakan oleh pelajar-pelajar sekolah Melayu di awal tahun 60an. Beliau lebih senang menggunakan nama Pak Har dalam berbicara dengan kanak-kanak atau pelajar-pelajar dalam tulisannya.
Harun Sebagai Wartawan
Beliau memang sejak mula lagi telah menulis rencana terbitan “Warta Ahad” dan “Warta Jenaka” dan telah memimpin beberapa akhbar harian dan majalah Melayu selepas Perang Dunia II. Rencana yang menyentuh soal politik dan nasionalisma merupakan isu yang paling diminati kerana angin nasionaIisma kemerdekaan sedang bertiup kencang dari negara jiran, Indonesia.
Tidak ramai yang mengetahui keboIehan Harun dalam bidang persajakan dan beliau pemah tergolong dalam angkatan pujangga baru di Tanah Melayu. Sajaknya yang sulung bertajuk “Oh Sariku” pernah diterbitkan di Majalah Pujangga Baru, no. 6 Disember 1933.
Nama Samaran
Harun sering rnenukar nama samaran beliau menurut corak penulisannya. Nama yang mula-mula digunakan ialah “Penulis Khas Tanjung Malim” dalam artikel bercorak pengetahuan. Kemudian digunakan “HBMA” (singkatan bagi Harun Bin Mohd Amin). Untuk penulisan sajak, pantun dan syair sebelum perang, beliau menggunakan nama samaran “Atma Jiwa”. Dalam tulisan rencana serius bercorak pengetahuan dan bimbingan serta nasihat kepada masyarakat atau mengkritik penjajah, beliau lebih cenderung mengunakan nama “Gustam Negara”. Nama Pak Har pula digunakan untuk tulisan yang ditujukan kepada kanak-kanak atau buku teks sekolah. Untuk majalah yang mengusik pernbara den bercorak humor, beliau serasi dengan “Si Ketuit”.
Penukaran nama samaran ini dilakukan kerana jawatannya sebagai pegawai pemerintah tidak mengizinkan penggunaan namanya yang sebenar. Namun beliau Iebih terkenal dengan nama “Harun Aminurrashid” yang dipilih kerana ia melambangkan kata-kata yang boleh dipercayai.
Harun Sebagai Pendidik, Pejuang Bahasa dan Bahasa Melayu
Peranan Harun sebagai seorang guru dalam pengertian ikhtisas tidaklah begitu besar kerana beliau memegang jawatan guru hanya beberapa tahun sahaja di Tanah Melayu, tetapi beliau berjaya memainkan peranan sebagai penyedar bangsa melalui ceramah-ceramah yang menyentuh isu-isu nasionalisma. Selepas Perang Dunia II, perjuangannya dalam bidang bahasa dan pelajaran sangatlah memberangsangkan.
Sumbangan Harun dan rakan-rakan seperjuangannya dalam memimpin Majlis Pelajaran amat besar ertinya dalam perkembangan pelajaran Melayu khususnya di Singapura. Majlis Pelajaran Melayu terdiri dari 48 badan kebudayaan Melayu di Singapura dan Malaysia. Pada tahun 1950an, pemimpin-pemimpin dari badan ini termasuk Harun telah berjuang untuk menaikkan taraf pelajaran di Sekolah Melayu. Mereka berusaha dan mendesak supaya pelajaran Melayu diperkenalkan di peringkat menengah semasa Singapura dapat mencapai kedudukan pemerintah sendiri pada pertengahan 1950 dibawah pimpinan Encik Lim Yew Hock. Kemuncak kejayaan perjuangan Majlis Pelajaran Melayu ialah penubuhan dua sekolah Melayu di Singapura untuk pertama kalinya iaitu Sekolah Melayu Sang Nila Utama dan Sekolah Melayu Tun Sri Lanang, pada 1959.
Badan Majlis Pelajaran ini meneruskan tuntutan mereka untuk meninggikan taraf penggunaan Bahasa Melayu ke peringkat Universiti sehingga pemerintahan Parti Tindakan Rakyat (PAP). Pemimpin-pemimpin Melayu yang sama-sama berjuang dalam badan ini ialah Allahyarham Ali Haji Ahmad dan Lokman Musa yang pada masa itu menjadi wakil Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (Singapura).
Usaha badan ini yang mahukan taraf bahasa Melayu digunakan di peringkat universiti tidak mendapat perhatian dari pemerintah British tetapi desakan ini telah melahirkan Jabatan Melayu di Universiti Malaya (Singapura). Menurut Harun, walaupun perjuangan beliau tidak berjaya serta merta di Singapura, namun beliau amat berbangga dengan penubuhan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang merupakan hasil perjuangan mereka. UKM yang ditubuhkan pada 1970 merupakan satu-satunya universiti di Malaysia yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar. Ini menunjukkan bahawa bahasa Melayu itu setaraf dengan bahasa lain kerana ia berjaya digunakan di peringkat universiti terutama dalam pelajaran sains dan perubatan walaupun ada beberapa kesulitan yang dihadapi.
Dalam bidang politik, Harun pernah melibatkan diri dalam Partai Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang ditubuhkan dalam tahun 1945. Beliau lebih cenderung menjadi ahli PKMM kerana parti ini lebih progresif dari UMNO yang lebih ortodok. Dalam PKMM, beliau pernah berjuang bersama-sama Dr. Burhanuddin Al-Helmi.
Selepas PKMM diharamkan kerana kegiatannya yang bersayap kiri dan anti-British, melalui organ parti ini, iaitu Warta Malaya, Harun bersama-sama Dr. Burhanuddin dan Ishak Hj. Mohammad serta Ahmad Boestamam telah mempelopori Parti Rakyat Malaya pada 11 November 1955. Parti ini berfaham sosialis serta berideologi lebih luas dan terang.
Di Singapura, Harun menubuhkan cawangan Parti Rakyat ini. Kemuncak penglibatan Harun dalam aktiviti politik ialah apabila beliau dicalonkan dalam Pilihan Raya di Singapura atas nama Parti Rakyat pada tahun 1958 kerana pada masa itu beliau sendiri merupakan Presiden parti itu. Harun telah bertanding di kawasan undi Geylang Serai bersama-sama Ahmad Jumat, calon pihak Parti Tindakan Rakyat Singapura (PAP) di bawah pimpinan Encik Lee Kuan Yew. Harun telah kalah dalam pilihan raya itu kerana kekurangan sokongan bangsa asing. Sejak kekalahan ini, Parti Rakyat telah merosot kerana kemasukan unsur-unsur yang tidak sejiwa dengan keyakinan orang Melayu yang beragama Islam dan akhirnya Harun sendiri telah meninggalkan parti ini kerana ketidak sefahaman ideologi.
Sumbangan Harun Dalam Badan Pelajaran dan Kebudayaan
Beliau berperanan penting dalam mempertinggikan taraf bahasa Melayu agar setanding dengan bahasa asing yang lain. Harun juga pernah mengetuai Badan Sastera Melayu untuk menghadiri Kongres Bahasa Indonesia di Medan pada tahun 1954. Antara jawatan penting yang pernah dipegang oleh Harun ialah sebagai:
· Ahli Jawatankuasa Lembaga Tetap Kongres Bahasa dan Kebudayaan Melayu yang berperanan untuk menaikkan taraf perkembangan bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan.
· Timbalan Pengerusi, Dewan Kebangsaan Persekutuan Tanah Melayu yang berjuang untuk penubuhan Dewan Bahasa dan Pustaka yang mengendalikan hasil sastera dan kebudayaan Melayu pada masa ini.
· Setiausaha, Lembaga Penuntut Melayu Semenanjung yang memberi bantuan kepada penuntut Melayu yang belajar di luar negeri. Pemenang biasiswa yang kurang mampu diberi bantuan kewangan hasil kutipan derma dari orang ramai. Peranan badan ini sangatlah besar di samping memberi kesedaran kepada orang ramai supaya menghulurkan bantuan kepada pelajar yang berkebolehan yang bakal menjadi pemimpin negara di masa hadapan.
Kurniaan “Anumerta Tun Seri Lanang”
Tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa kegigihan Harun dalam bidang mengarang, sesungguhnya belum ada dilakukan begitu hebat oleh bekas-bekas atau guru-guru lepasan Maktab Perguruan Tanjung Malim (SITC) kecuali Buyong Adil seorang tokoh sejarah khusus mengarang buku-buku sejarah semata-mata. Atas kegigihan beliau dalam bidang penulisan, hampir 60 judul buku dan ratusan rencana telah berjaya dihasilkannya.
Harun menghembuskan nafasnya yang terakhir pada 9 November 1986 setelah mengidap penyakit sejak 12 November 1971 yang mengakibatkan kelumpuhan seluruh kaki dan tangannya dan beliau tidak dapat bercakap serta bergerak selama satu tahun. Pada tahun 1995, Allahyarham telah dikenangi dengan dikurniakan “Anumerta Tun Seri Lanang” oleh Majlis Bahasa Melayu Singapura.
Harun Aminurrashid's real name is Harun Bin Mohd Amin. He was born on 8 August 1907 in Kampung Teluk Kurau, Singapura. His other pen names include Har, Gustam Negara, Atma Jiwa and Si Ketuit.
Harun loved reading as a child and this naturally led him to writing. He received his early education in Telok Kurau Malay School and later in Sultan Idris Training College in Tanjung Malim, Perak. He joined the College as a teacher after his graduation. Harun's first novel "Melur Kuala Lumpur" was published in Tanjung Malim in April 1930. In Sultan Idris Training College, he honed his writing skills by submitting his works to magazines. As a teacher, he was determined to sow the seeds of nationalistic spirit among his students. He was sent to Brunei in 1939 and stayed there until 1946. After the Second World War, Harun was imprisoned for 86 days by the British Forces as he was alleged to have collaborated with the Japanese Government. In 1946, he returned to Singapore without the title of "Teacher".
In Singapore, Harun continued to work in the literary media and found success working in the newspapers and magazines industry in Singapore. He was the editor of newspapers and magazines that included "Hiburan", "Kencana", "Mutiara" , "Fashion", "Melayu Raya", "Filem Raya", "Tunas", "Belia" , "Seni" , "Mingguan Melayu" and "Medan Sastera".
Harun took up important posts in many literary, education and cultural organisations. Together with a group of journalists, he was invited to visit England and Europe by the British Colonial Office. Harun was awarded the Certificate of Merit from Dictionary of International Biography, London in 1968 to commemorate his excellent contributions to Malay literature.
Harun passed away on 9 November 1986. He was posthumously awarded the "Anumerta Tun Seri Lanang" by the Singapore Council of Malay Language in 1995.
Source: Harun Aminurrashid: Biography https://exhibitions.nlb.gov.sg/singaporeliterarypioneers/gallery/
Assistant Manager
Professional Services
National Library Board
BAHAN RUJUKAN
Sulaiman Jeem and Abdul Ghani Hamid, Aktivis Melayu/Islam di Singapura (Singapura: Persatuan Wartawan Melayu Singapura, 1997). (Call no. Malay RSING 305.89928 AKT)
Sundusia Rosdi, “Harun Aminurrashid” dalam Sastera dan Sasterawan, ed. Khoo Kay Kim dan Mohd. Fadzil Othman (Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1980). (Call no. Malay R 899.23009 SAS
ANTARA KARYA-KARYA HARUN AMINURRASHID YANG TERDAPAT DI PERPUSTAKAAN NEGARA DAN CAWANGAN-CAWANGAN NYA
Harun Aminurrashid, Anak Panglima Awang (Singapura: Pustaka Melayu, 1961). (Call no. Malay RCLOS 899.13 HAR)
Harun Aminurrashid, Awang Dan Dara: Buku Bachaan Tambahan Untok murid2 Darjah Rendah (Singapura:Pustaka Melayu, [1963–1964]). (Call no. Malay RCLOS 499.18 HAR)
Harun Aminurrashid, Belajar Bahasa Kita: Buku Pelajaran Membaca Rumi Untok Pelajar-Pelajar Asing Yang Belajar Bahasa Kebangsaan (Singapura: Pustaka Melayu, 1958–). (Call no. Malay RCLOS 499.230824 HAR)
Harun Aminurrashid, Cahaya Baharu (Singapura: Pustaka Melayu, 1958–1964). (Call no. Malay RCLOS 499.2886 HAR)
Harun Aminurrashid, Chatetan Ka-Tanah Suchi (Singapura: Pustaka Melayu, 1960). (Call no. Malay RCLOS 297.55 HAR)
Harun Aminurrashid, Chatetan Menjelajah Ka-Eropa (Singapura: Pustaka Melayu, 1964). (Call no. Malay RCLOS 940 HAR)
Harun Aminurrashid, Chinta Gadis Rimba (Singapura: Pustaka Melayu, 1969). (Call no. Malay RLCOS 899.2305 HAR)
Harun Aminurrashid, Darah Kedayan (Singapura: Pustaka Melayu, 1960). (Call no. Malay RCLOS 899.2305 HAR)
Harun Aminurrashid, Dayangku Fatimah (Singapura: Geliga Ltd, 1961). (Call no. Malay RCLOS 899.283 HAR)
Harun Aminurrashid, Jong Batu (Singapura: Pustaka Melayu, [1967]). (Call no. Malay RCLOS 398.2095955 HAR)
Harun Aminurrashid, Kajian Puisi Melayu (Singapura: Pustaka Melayu, 1960). (Call no. Malay RCLOS 899.230091 HAR)
Harun Aminurrashid, Kamus Angkatan Baru (Singapura: Harmy, 1951). (Call no. Malay RCLOS 499.283 HAR)
Harun Aminurrashid, The Kedayan Blood, trans. Ahmad Husain (Singapore: Pustaka Melayu, 1960). (Call no. Malay RCLOS 823.914 HAR)
Harun Aminurrashid, A Malay Among the Portuguese, trans. Ahmad Husain (Singapore: Pustaka Melayu, 1961). (Call no. Malay RCLOS 823.914 HAR)
Harun Aminurrashid, Mati Bertindeh Tulang: Drama Dan Prosa (Singapura: Pustaka Melayu, 1964). (Call no. Malay RCLOS 899.2305 HAR)
Harun Aminurrashid, Melihat Terang (Singapura: Pustaka Melayu, 1960). (Call no. Malay RCLOS 899.2305 HAR)
Harun Aminurrashid, Melor Kuala Lumpur (Singapura: Pustaka Melayu, 1962). (Call no. Malay RCLOS 899.2305 HAR)
Harun Aminurrashid, Mengembara Ka-Andalusia (Singapura: Pustaka Melayu, 1965). (Call no. RCLOS 946.8 HAR)
Harun Aminurrashid, Mengesan Jejak Pelayaran Abdullah Munshi (Singapura: Pustaka Melayu, [1966]). (Call no. RCLOS 959.507 HAR)
Harun Aminurrashid, Nur Dan Ros (Singapura: Pustaka Melayu, 1962). (Call no. Malay RCLOS S899.2305 HAR)
Harun Aminurrashid, Nurmala (Singapura: Pustaka Melayu, 1964). (Call no. Malay RCLOS 899.283 HAR
Harun Aminurrashid, Panglima Awang (Singapura: Pustaka Melayu, 1958). (Call no. Malay RCLOS 899.2305 HAR)
Harun Aminurrashid, Sa-Belum Ajal (Singapura: Pustaka Melayu, 1964). (Call no. Malay RCLOS 899.23 HAR)
Harun Aminurrashid, Siapa-Kah Yang Bersalah? (Singapura: Pustaka Melayu, 1962). (Call no. Malay RCLOS 899.2305 HAR)
Harun Aminurrashid, Simpang Perinang (Singapura: Pustaka Melayu, 1966). (Call no. Malay RCLOS 899.13 HAR)
Harun Aminurrashid, Sinar Baru: Buku Pelajaran Membacha Rumi Bagi Darjah I–V (Singapura: Pustaka Melayu atas nama Jabatan Persuratan, Kesatuan Persekutuan Guru-Guru Melayu Semenanjong, 1956–1957. (Call no. Malay RCLOS 499.23 HAR)
Harun Aminurrashid, Sultan Mahmud Shah Melaka: Nobel Sejarah (Singapura: Pustaka Melayu, 1967). (Call no. Malay RCLOS 899.13 HAR)
Harun Aminurrashid, Terbang Ka-Barat (Singapura: Pustaka Melayu, 1961). (Call no. Malay RCLOS 942.085 HAR)
Harun Aminurrashid, Wak Chantok (Singapura: Geliga, 1957). (Call no. Malay RCLOS 398.2095957 HAR)
Harun Aminurrashid, Wan Derus (Singapura: Pustaka Melayu, 1965). (Call no. Malay RCLOS 899.13 HAR)
NOTES
-
Dictionary of International Biography (London: Melrose Press Ltd., 1968), m.s. 243. ↩
-
Mahmud Ahmad, “Harun Aminurrashid” Majallah Dian (Ogos 1976): m.s. 19. ↩
-
Sundusia Rosdi, “Harun Aminurrashid” dalam Sastera dan Sasterawan, ed. Khoo Kay Kim dan Mohd. Fadzil Othman (Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1980), 196. (Call no. Malay R 899.23009 SAS ↩
-
Bersama-sama Dr. Burhanuddin Helmi, Kiayi Fadhullah Suhaimi, Syed Omar Abdul Rahman Alsagoff, beliau menerbitkan Akhbar Melayu Raya dalam tahun 1950an. Akhbar ini diharamkan dengan tercetusnya peristiwa Perang Natrah di Singapura tahun 1952. ↩
-
Majalah Kencana yang diterbitkan dalam tahun 1940an merupakan majalah pengetahuan mengenai politik, sastera dan kebudayaan. ↩
-
Prakata Chatetan ke-Tanah Suchi, 1961. ↩
-
Shahrom Hussain, Antara Tokoh-Tokoh Pengarang Melayu Dan Karya-Karyanya, Siri Tokoh Sastera Kita, no. 1. (Singapura: Pustaka Melayu Malaysia Press, 1963), m.s. 121. (Call no. Malay RCLOS 899.283092 SHA) ↩
-
Cheah Boon Kheng, “Every Man’s Story Teller,” Straits Times, 20 Jan 1973. ↩
-
Pendahuluan kepada “Panglima Awang”. ↩
-
Pendahuluan kepada “Panglima Awang” ↩
-
Shamsudin Dahlan, “Harun Sebagai Seorang Novelis”, Kajian Ilmiah (Jabatan Pengajian Melayu, Universiti Malaya, 1965), m.s. 60. ↩