Perbankan Islam
Associate Librarian Juffri bin Supa’at highlights some of the characteristics of the Islamic financial and banking system and its differences compared to the conventional system, as well as resources available at the Lee Kong Chian Reference Library.
telah dikurniakan oleh Tuhan, maka manusia sebagai khalifah
Tuhan bukanlah pemilik utamanya. Manusia hanyalah
pemegang amanah terhadap sumber-sumber tersebut.” (Islam dan cabaran ekonomi, hlm 250)
Perbankan Islam telah menjadi tajuk perbincangan yang semakin rancak akhir-akhir ini dan menarik minat orang ramai. Dengan tercetusnya krisis kewangan sejagat yang menjejas banyak negara dan institusi-institusi kewangan dan ekonomi utama dunia, kini tumpuan diberikan kepada sistem perbankan Islam sebagai sistem kewangan alternatif. Ia tidak lagi hanya wujud di negara-negara Islam sahaja, bahkan telah berkembang ke banyak negara yang mengamalkan sistem ekonomi sekular atau konvensional seperti Singapura dan Hong Kong. Di Singapura umpamanya, Penguasa Kewangan Singapura (MAS), telahpun melakarkan polisi dan perundangan yang memudahkan institusiinstitusi kewangan untuk memulakan operasi sedemikian di negara ini.
Usaha-usaha ini telah menampakkan hasil apabila banyak sistem kewangan utama di Singapura telah menawarkan berbagai jenis simpanan dan pelaburan yang menepati keperluan syariah terutama kepada masyarakat Islam. Umpamanya, MAS telah membenarkan bank-bank di Singapura melaksanakan konsep “pembiayaan musyarakah yang biasa digunakan dalam pembinaan hartanah atau aset berlandaskan Syariah” (Norhaiza Hashim, 2009). Daya penarik khidmat kewangan Islam sudah mampu menarik pelaburan yang mencecah berbilion dolar. Menurut laporan Berita Harian (2009), tawaran sukuk oleh pemerintah di Singapura, Malaysia dan Indonesia boleh dijangka mencecah AS$1.3 bilion bagi separuh pertama tahun ini. Ini belum lagi termasuk penjualan produk-produk kewangan Islam yang lain seperti takaful dan sebagainya.
Perbankan Islam adalah suatu sistem perbankan yang didirikan bersandarkan hukum agama Islam. Ia didasari oleh beberapa undang-undang syariah seperti larangan memungut atau mengambil riba atau meminjam dengan mengenakan wang bunga. Ia juga melarang para pelabur untuk melibatkan diri dalam kegiatankegiatan yang dikira haram umpamanya di syarikat-syarikat yang menyediakan atau mengeluarkan makanan atau minuman yang haram seperti arak, mahupun syarikat yang berkaitan atau mengendalikan perjudian. Di dalam sistem kewangan Islam, para pelabur tidak dibenarkan untuk terlibat dengan perkara-perkara yang mempunyai unsur-unsur spekulatif atau gharar, yakni sesuatu yang kurang jelas kerana ia bersifat perjudian.
Perbezaan Perbankan Islam dan Perbankan Konvensional
Sistem ekonomi syariah sangat jauh berbeza dengan ekonomi kapitalis sosialis mahupun komunis. Namun, masih ramai yang masih belum dapat memahami sepenuhnya diantara produk dan perkhidmatan Perbankan Islam dengan Perbankan konvensional. Hal ini disentuh di dalam buku “Wang, Anda dan Islam” (2008), yang memberikan perincian yang jelas tentang ciri-ciri yang membezakan kedua sistem perbankan itu.
Antara ciri dasar perbezaannya ialah sistem perbankan Islam bersandarkan kepada syariah menurut Al-Quran dan As-Sunnah. Dalam produk pelaburannya, bank Islam mengenalkan sistem perkongsian risiko dan untung di antara para pelabur dan pengurus pelaburan. Oleh itu, tiada perjanjian untuk memberikan sebarang kadar tetap keuntungan. Tapi, bagi sistem perbankan konvensional, terdapat kegiatan pinjam-meminjam yang mempunyai perjanjian untuk memberikan kadar faedah tetap yang berbentuk riba kepada para pelabur. Jadi, keuntungan dibahagikan tidak berdasarkan keuntungan yang sebenarnya.
Natijahnya, sistem perbankan konvensional mendapat pendapatan melalui kadar faedah tetap yang dikenakan kepada pelanggan tetapi sistem perbankan Islam mendapat pendapatan mengikut landas perkongsian, sama ada untung atau rugi bersama pelanggannya. Oleh itu, pihak bank dan pelanggan mempunyai hubungan sebagai penjual, pembeli dan juga rakan kongsi.
Bahan-Bahan Rujukan Berkenaan Perbankan Islam
Muhammad Syafi’i Antonio. Jakarta: Tazkia Institute, 2000. Call no. Malay R 332.12 ANT
Mengandungi tiga belas bab, dimulakan dengan Islam sebagai agama yang lengkap dan meliputi segalanya tentang riba dalam tafsiran Islam, sejarah dan ekonomi serta penerangan mengenai produk-produk bank Islam yang ditawarkan seperti Al Wadiah, Al Musyarakah, Al Mudharabah dan lain-lain lagi.
Bank Syariah: Dari Teori Ke Praktik
Muhammad Syafi’i Antonio. Jakarta: Gema Insani, 2001. Call no. Malay R 332.10917671 ANT
Buku ini antara lain membincangkan tentang perkembangan sistem perbankan Islam, isu riba dan bunga, perbezaan antara bank Islam dan bank konvensional, serta menerangkan dengan terperinci prinsip-prinsip perbankan Islam.
Ke Arah 20% Pasaran Perbankan Menjelang 2010: Strategi Sistem Perbankan Islam
Kuala Lumpur: Institut Kefahaman Islam Malaysia, [2002]. Call no. Malay R 340.5909595 MUZ
Kumpulan tujuh kertas kerja yang dihasilkan untuk seminar anjuran Institut Kefahaman Islam Malaysia dan Persatuan Institusi-Institusi Perbankan Islam Malaysia pada March 2002.
Perbankan Syariah: Prinsip, Pratik, Dan Prospek
Mervyn K. Lewis dan Latifa M. Algaoud. Jakarta: Serambi Ilmu Semesta, 2004. Call no. Malay R 332.10917671 LEW
Buku ini diterjemahkan daripada karya asalnya berjudul “Islamic Banking”, terbitan Edward Elgar, Massachusetts, 2001. Dibahagi pada sembilan bab dan salah satu bab yang menarik ialah mengenai sikap Islam dan Kristian terhadap riba dan dan perbandingan dilakukan terhadap ajaran kedua agama tersebut.
Menyoal Bank Syariah: Kritik Atas Interpretasi Bunga Bank Kaum Neo Revivalis
Abdullah Saeed. Jakarta: Paramadina, 2004. Call no. Malay R 332.10917671 SAE
Mempersoalkan tentang kaedah bunga di dalam sistem perbankan Islam yang menurut penulis tidak boleh dihapuskan tetapi hanya diragamkan dengan pelbagai nama dan samaran.
Islamic Banking
The Islamic financial and banking system has been of interest lately. There have even been discourses on the system to promote Islamic finance and banking as an alternative to conventional finance and banking. This article highlights some of the characteristics of the Islamic financial and banking system and its differences as compared to the conventional system, as well as resources available at the Lee Kong Chian Reference Library on the subject matter.
For further enquiries, please email Reference Point at ref@nlb.gov.sg. Reference Point is a remote reference enquiry service provided by the National Library Singapore.
Associate Librarian
Lee Kong Chian Reference Library
National Library
RUJUKAN
Atiyyah Mohd Said, “Kuwait Finance House Rancang Tawar Perbankan Islam Penuh Di Singapura,” Berita Harian, 8 Mei 2009, hlm 6. (From NewspaperSG)
E. Lam and Nor Aishah M.R., Islamic Financial Industry Collection Guide, accessed 30 July 2009, http://libguides.nlb.gov.sg/islamicfinancialindustry112008
Fatwa Mufti Kerajaan, Brunei, Isu-Isu Kewangan (Bandar Seri Begawan: Jabatan Mufti Kerajaan, Jabatan Perdana Menteri, 2000). (Call no. Malay R q297.273 ISU)
Jomo K.S. Alternatif Ekonomi Islam: Perspective Kritis Dan Haluan Baru, trans. Jomo K.S. and Shamsudin Ismail (Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1996). (Call no. Malay R 297.273 JOM)
M. Umer Chapra, Islam Dan Cabaran Ekonomi, trans. Syed Putra Syed Hamid, Zahrita Hamzah (Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2005). (Call no. Malay R 297.273 CHA
Norhaiza Hashim, “Rangsangan Baru Bagi Perbankan Islam,” Berita Harian, 8 Mei 2009, hlm. 1. (From NewspaperSG)
Norhaiza Hashim, “Tawaran Sukuk Tiga Negara Dijangka Capai AS$1.3b,” Berita Harian, 8 Mei 2009, hlm. 6. (From NewspaperSG)
Zaharuddin Rahman, Wang, Anda Dan Islam: Halal Dan Haram Dalam Kewangan Dan Perbankan ([Kuala Lumpur]: Truewealth Publishing, 2008). (Call no. Malay RBUS 332.091767 ZAH)